Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa bermula Isnin ini, rakyat dibenarkan kembali melakukan aktiviti sukan outdoor yang tidak melibatkan sentuhan badan dan perhimpunan ramai.

Kebenaran itu termasuklah untuk aktiviti joging, kayuhan basikal, golf dan larian dalam kumpulan kecil tidak melebihi 10 orang yang dibuat di luar.

Bagaimanapun, semua aktiviti sukan yang melibatkan perhimpunan ramai dan sentuhan badan serta lain-lain risiko jangkitan, masih lagi tidak dibenarkan buat masa ini, seperti bola sepak, ragbi, serta semua acara sukan indoor (dalam dewan) dan stadium.

“Jadi, saudara-saudari boleh bermain badminton atau tenis di luar tanpa penonton."

https://www.malaysiakini.com/news/523493