Malaysia mengalami kerugian sebanyak RM2.4 billion sehari sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) dijalankan berikutan aktiviti ekonomi yang terpaksa dihentikan, kata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.<br /><br />Jumlah kerugian setakat ini adalah dianggarkan sekitar RM63 billion.<br /><br />Menurutnya lagi, sekiranya PKP diteruskan untuk tempoh sebulan lagi, negara bakal mengalami sebanyak RM35 billion lagi kerugian dan menjadikan jumlah keseluruhan kerugian sebanyak RM98 billion.