Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Hubungan Negeri-Negeri Dan Persekutuan Parlimen Hassan Abdul Karim mengingatkan kerajaan bahawa Malaysia ialah negara persekutuan.<br /><br />Anggota parlimen Pasir Gudang itu berkata demikian ketika menasihatkan kerajaan pusat supaya bermesyuarat dengan kesemua negeri sebelum membuat keputusan muktamad melonggarkan perintah kawalan pergerakan (PKP) dan membuka semula sektor ekonomi.
