Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong menjelaskan bahawa beliau memandang serius terhadap kemalangan maut yang disebabkan oleh pemandu mabuk.<br /><br />Kata Wee, pihak kementerian bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengkaji terhadap pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987.<br /><br />Sementara itu, Wee turut menambah bahawa pemandu mabuk tidak mempunyai sebab untuk memandu dalam keadaan mabuk kerana boleh menggunakan perkhidmatan e-hailing.
