Naib Presiden Umno Mohamed Khaled Nordin membidas pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) sebagai tidak kemas dan tidak menyeluruh.

Ini susulan langkah melonggarkan kawalan pergerakan itu tidak diikuti beberapa lagi negeri, walaupun diumumkan kerajaan pusat.

Walaupun tidak menyebut nama, Khaled dilihat secara khusus menuding jari kepada Menteri Kanan (Kluster Ekonomi), Mohamed Azmin Ali.

Lewat petang semalam Sarawak, Sabah, Pulau Pinang, Pahang, Kelantan dan Kedah dilaporkan tidak akan membuka semula sektor ekonomi hari ini (Isnin) dan akan meneruskan PKP.