Surprise Me!

Covid-19: 55 kes baru, 71 lagi pulih, tiada kematian baru

2020-05-04 205 Dailymotion

Malaysia mencatatkan 55 lagi kes baru Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan kes yang pernah direkodkan ialah 6,353 kes.

Dalam sidang medianya hari ini, Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa daripada 55 kes baru itu, tujuh merupakan kes import.

Sebanyak 48 kes baru lain merupakan kes jangkitan tempatan, dengan 24 daripadanya dikesan di kawasan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD).

Noor Hisham turut memaklumkan bahawa tiada kematian baru dilaporkan setakat tengah hari tadi.

Buy Now on CodeCanyon