Anggota Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim mengingatkan bahawa kedua-dua kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri diberi kuasa dalam Perlembagaan Persekutuan dalam soal kesihatan awam dan pencegahan penyakit.<br /><br />Hassan menjawab peringatan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan industri Azmin Ali bahawa kerajaan negeri terdedah kepada tindakan undang-undang oleh pihak industri jika enggan membuka semula ekonomi di bawah perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) seperti yang diputuskan oleh kerajaan pusat.
