Seorang lelaki yang dalam perjalanan pulang selepas menghantar makanan yang dijual isterinya, maut selepas motosikal yang ditungganginya dirempuh sebuah kereta yang dipercayai dipandu lelaki mabuk.

Dalam satu rakaman video yang tular di media sosial, motosikal mangsa dirempuh menyebabkan mangsa terjatuh ke sebelah kiri bahu jalan manakala motosikalnya diseret sejauh kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian.

Kejadian berlaku kira-kira 1.30 pagi tadi di Lebuhraya Sultan Iskandar menghala ke ibu negara.