Hospital di Indonesia meningkatkan kawalan di rumah mayat selepas ramai ahli keluarga melarikan jenazah mangsa Covid-19 kerana mahu mengadakan upacara pengebumian mengikut tuntutan agama mereka.<br /><br />Menurut pihak polis, di bawah peraturan baharu di republik itu, mangsa yang terkorban akibat Covid-19 perlu dibalut dengan plastik dan dikebumikan segera bagi mengelakkan penularan virus tersebut.
