Dr Mahathir Mohamad percaya bahawa Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainuddin telah beralih kesetiaan dari Umno kepada Bersatu hanya kerana satu alasan iaitu untuk membalas dendam kepada Anwar Ibrahim.<br /><br />Dalam temu bual eksklusif dengan Malaysiakini semalam, bekas perdana menteri itu berkata Hamzah telah merancang untuk menghalang Anwar daripada menjadi perdana menteri sejak sekian lama.<br /><br />Namun di dalam temubual itu, Dr Mahathir tidak menyatakan sebab permusuhan antara keduanya, yang menurutnya bersifat peribadi.