Anwar Ibrahim berkata, beliau terbuka untuk berbincang mengenai kedudukan Dr Mahathir Mohamad jika ahli parlimen Langkawi itu bersedia dijadikan menteri kanan atau kedudukan yang seumpama dengannya.<br /><br />Bercakap dalam sesi temu bual dengan stesen Channel News Asia (CNA), presiden PKR itu sekali lagi menegaskan bahawa tidak wajar Mahathir diangkat sebagai perdana menteri untuk kali ketiga.
