Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan sokongan peribadinya kepada calon bebas Tengku Zainul Hisham Hussin dalam pilihan raya kecil (PRK) Chini 4 Julai ini.<br /><br />Dalam sebuah video khas buat pengundi Chini, Mahathir berkata, Tengku Zainul, yang keahlian Bersatu dibatalkan susulan tindakannya bertanding sebagai calon bebas, adalah pilihan terbaik dalam pertandingan tiga penjuru itu.
