DAP dan Amanah tidak pernah meninggalkan Presiden PKR Anwar Ibrahim dan memihak kepada Pengerusi Bersatu yang dipertikaikan Dr Mahathir Mohamad, kata Lim Kit Siang.<br /><br />Malah jelas veteran DAP itu, gesaan kedua-dua parti agar Dr Mahathir diberi tempoh mengetuai kabinet selama enam bulan dibuat kerana berpendapat ia adalah cara paling pasti untuk membawa Anwar menjadi perdana menteri.
