Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan ke atas anak bekas menteri pertahanan Mohamad Sabu, Ahmad Saiful Islam atas kesalahan penyalahgunaan dadah, pada awal tahun lalu.<br /><br />Majistret Mohamad Aizat Abdul Rahim membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya menimbulkan kes melampaui keraguan.
