Menteri Besar Perak yang baru dilantik, Faizal Azumu dilihat menggunakan kenderaan rasmi baru iaitu kereta jenis sedan Lexus ES.<br /><br />Bercakap kepada wartawan hari ini, Faizal berkata kerajaan negeri memberi kenderaan baru kerana salah satu daripada 16 Toyota Camry milik kerajaan negeri telah dijual kepada bekas penasihat undang-undang negeri, Rohana Abd Malek yang bersara pada bulan Disember lalu.,
