Pakatan Harapan (PH) sedia menjadi perantara bagi mendamaikan hubungan antara Dr Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim, kata Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad.<br /><br />Mengakui perkembangan semasa menunjukkan hubungan 'kurang positif' antara kedua-dua tokoh itu, Khalid berkata harapan tetap ada untuk mendamaikan mereka seperti dilakukan menjelang pilihan raya umum lalu.
