Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Mustapa Mohamed menyatakan bahawa kerajaan sebenarnya sudah bersedia untuk membawa Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) ke parlimen Ogos ini.<br /><br />Bagaimanapun berikutan penularan wabak Covid-19 yang melanda negara ini, pembentangan tersebut terpaksa ditangguhkan.<br /><br />Kata beliau dalam satu sesi bersama Bank Dunia hari ini, rancangan yang akan dibentangkan itu nanti harus selaras dengan landskap ekonomi Malaysia yang telah berubah kesan daripada Covid-19.