Setiausaha Agong Umno, Ahmad Maslan menyatakan Mohd Sharim Md Zain merupakan calon Barisan Nasional yang tepat untuk pilihan raya kecil (PRK) Dun Chini berikutan faktor usianya.<br /><br />Mohd Sharim yang berusia 41 tahun katanya, boleh menjadi jambatan yang menghubungkan generasi muda dan tua di kawasan itu. <br /><br />Kata Ahmad lagi, sejak sembilan PRK yang lalu bermula di PRK Sungai Kandis, ini merupakan kali pertama pucuk pimpinan Barisan Nasional meletakkan orang muda sebagai calon.