Perikatan Nasional (PN) mempunyai kekuatan luar biasa untuk memenangi pilihan raya umum akan datang sekiranya UMNO, PAS dan Bersatu tetap setia kepada gabungan itu dan tidak berpecah.<br /><br />Menurut Anggota Majlis Tertinggi Umno Tajuddin Abdul Rahman, pertembungan antara bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Anwar Ibrahim juga mengurangkan ancaman kepada PN.