Beberapa penganalisis politik berpendapat Dr Mahathir Mohamad tidak mempunyai pilihan selain memberi laluan kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim untuk dipilih sebagai calon perdana menteri kesembilan.<br /><br />Prof Azmi Hassan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkata, bekas perdana menteri itu perlu sedar bahawa beliau tidak mempunyai kuasa untuk menentukan kedudukan PKR dalam Pakatan Harapan (PH).