Kerajaan setuju membuka semula sub-sektor pelancongan bermula 1 Julai ini bagi menggalakkan semula industri pelancongan domestik.

Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob, berkata sub-sektor itu membabitkan mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran (MICE), pelancongan dan pameran perdagangan, spa dan wellness serta pusat urut kaki.

"Bagi sub-sektor MICE serta pelancongan dan pameran perdagangan, hanya 250 orang dibenarkan pada satu-satu masa dan semua pengunjung perlu memuat turun aplikasi MySejahtera.

Ismail Sabri berkata, operasi spa, wellness dan pusat urut kaki juga perlu mematuhi SOP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM).