Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak telah membatalkan permohonannya untuk menyertai PKR selepas memikirkan secara mendalam dan mengambil kira landskap politik hari ini termasuk pergolakan dalaman PKR.<br /><br />Salleh berkata, keputusan itu dibuat pada April lepas, dan menurutnya, dengan pembatalan itu beliau kekal tidak berparti sejak keluar dari Umno pada 2018.
