Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri memberitahu hari ini bahawa mesyuarat telah meneliti dan bersetuju dengan pembentangan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berkenaan pembukaan Institut Pengajian Tinggi (IPT).<br /><br />Namun kata Ismail, KPT di bawah menterinya iaitu Noraini Ahmad akan mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) terperinci serta tarikh pembukaan IPT.