Pelakon dan usahawan terkemuka tanah air, Rozita Che Wan mendedah kaki kirinya terseliuh ketika dalam penggambaran drama Dayang Senandung di sebuah hotel di Puchong.<br /><br />Insiden itu berlaku selepas seorang pelakon tambahan terpijak kainnya sehingga menyebabkan Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta terjatuh di lokasi penggambaran.<br /><br />Namun, tindakan drastik dilakukan penerbit drama berkenaan dengan pantas membawanya untuk mendapatkan rawatan di hospital berhampiran.
