Pembukaan semula sekolah berasrama akan dilaksanakan mengikut kapasiti asrama sekolah masing-masing serta mengambil kira penjarakan sosial.<br /><br />Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Mohd Radzi Md Jidin, berkata bagi asrama yang mempunyai kapasiti ruang terhad, pada peringkat awal, hanya sebahagian murid sahaja dapat tinggal di asrama.