UMNO dan PAS secara prinsip bersetuju untuk terus menyokong Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Mengesahkan perkara itu, Setiausaha Bersama Sekretariat Muafakat Nasional (MN), Annuar Musa, berkata keputusan itu dibincang dalam mesyuarat bersama baru-baru ini.

Justeru, beliau berkata, Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mendapat sokongan kedua-dua parti Melayu Islam terbesar.

Sumber video: Facebook Tan Sri Annuar Musa