SPRM hari ini merakam kenyataan dua anggota kabinet Pulau Pinang, iaitu Zairil Khir Johari dan P Ramasamy.

Tujuh pegawai suruhanjaya itu berbuat demikian di pusat pentadbiran kerajaan di Komtar.

Kenyataan Ketua Menteri Chow Kon Yeow dan timbalannya Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman dijangka dirakam pada sebelah petang.

Difahamkan siasatan itu mempunyai kaitan dengan penangkapan pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang Jeffrey Chew Gim Eam.