Seorang penolong pengarah Jabatan Imigresen wanita yang bertugas di salah sebuah kompleks imigresen Johor ditahan dua hari lepas kerana disyaki terlibat dalam sindiket penyeludupan pendatang asing.

Ketua Polis Johor Ayob Khan Mydin Pitchay berkata pegawai kanan berumur 50 tahun itu ditahan di tempat dia bertugas oleh anggota Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor.

Katanya langkah itu adalah lanjutan kepada penahanan tiga pegawai imigresen pada 23 Jun lepas, yang dipercayai terbabit dalam kes sama.

Penahanan suspek itu juga merupakan tangkapan pegawai berpangkat paling tinggi setakat ini dalam kes sindiket penyeludupan pendatang asing.