Kementerian Kesihatan memaklumkan terdapat lima kes baru Covid-19 hari ini, dengan tiga daripadanya melibatkan warga Malaysia yang dijangkiti di luar negara.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, dua lagi kes merupakan penularan melibatkan warga tempatan di Sabah.

Sementara itu, Dr Noor Hisham juga memaklumkan seramai 9 pesakit telah sembuh dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah pesakit sembuh kepada 8, 446 orang iaitu 97.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Tiada kematian dilaporkan setakat pukul 12 tengah hari ini, menjadikan jumlah korban kekal 121 orang.