Majlis Presiden PH hari ini memutuskan untuk komited dengan pendirian asal iaitu Presiden PKR Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri gabungan itu.<br /><br />Majlis Presiden juga berkata Anwar kini mempunyai mandat penuh untuk meneruskan perbincangan dengan semua pihak, termasuk Presiden Warisan Shafie Apdal, bagi meneruskan usaha mengambil semula kerajaan persekutuan.<br /><br />Terdahulu beberapa pemimpin PH antaranya Salahudin Ayob dan Khalid Samad yang ditemui selepas mesyuarat Majlis Presiden PH, menyatakan keputusan telah dicapai dan kenyataan media akan dibuat.