Setakat tengah hari tadi, Malaysia mencatatkan lima kes Covid-19 baru, menjadikan jumlah terkumpul yang dicatatkan adalah sebanyak 8,668 kes.

Dalam sidang media petang ini, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata seramai 11 lagi dilapor sembuh menjadikan jumlah keseluruhan pulih daripada wabak itu ialah 8,476.

Daripada lima kes baru yang dilaporkan, tiga kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan dua warganegara Malaysia dan satu bukan warganegara (pemastautin tetap).

Noor Hisham juga hari ini memaklumkan bahawa tiada kematian baru dilaporkan, menjadikan jumlah korban akibat Covid-19 di Malaysia kekal sebanyak 121 kes