Kerajaan ada membincangkan mengenai penjajaran semula projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) namun belum ada keputusan yang dibuat setakat ini, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Mustapa Mohamed.<br /><br />Sebelum ini akhbar mingguan The Edge Malaysia melaporkan Putrajaya sedang membincangkan kemungkinan mengembalikan jajaran ECRL kepada cadangan pertama di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.