Pemuda Bersatu atau Armada, kini dipimpin oleh naib ketuanya, Aizad Roslan selepas penyandang sebelum ini, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman digugurkan keahlian parti pada 28 Mei lalu.<br /><br />Dalam satu kenyataan, Armada juga mengumumkan dua rombakan lain turut dibuat masing-masing bagi jawatan ketua penerangan dan penolong bendahari parti itu.