Veteran Umno Shahrir Samad berkata parti itu perlu menjelaskan bahawa keputusan bersama Muafakat Nasional menyokong Muhyiddin Yassin kekal sebagai perdana menteri tidak akan merugikan BN.<br /><br />Dalam satu hantarannya di Facebook, Shahrir berkata keputusan itu mestilah menjamin kerusi yang akan ditandingi BN, penggunaan lambang serta tawaran kepada pengundi dan rakyat.