Semua individu termasuk guru-guru yang mahu memasuki Sarawak dan Sabah dari Semenanjung Malaysia tidak perlu lagi menjalani kuarantin wajib 14 hari di rumah.<br /><br />Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, ini kerana semua perjalanan rentas sempadan negeri sudah dibenarkan di seluruh negara.