Kementerian Kesihatan hari ini mengumumkan kluster Covid-19 terbesar di negara ini iaitu kluster perhimpunan Seri Petaling diisytihar tamat pada hari ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, kluster itu dipercayai berpunca dari luar negara dan kemudiannya tular di dalam komuniti melalui aktiviti perhimpunan secara besar-besaran melalui kontak rapat kes yang positif.

Sehingga 8 Julai lalu, sejumlah 42,023 individu telah disaring dalam kluster ini.

Daripada jumlah itu, seramai 3,375 kes positif telah dilaporkan iaitu 38.9 peratus daripada jumlah kes positif Covid-19 di negera ini.