"Ayah, assalamualaikum, budak-budak semua boleh ke sekolah, kenapa kita orang tak boleh ke sekolah? Orang asing yang tak boleh ke sekolah?"

Demikian keluhan Shara (bukan nama sebenar), seorang kanak-kanak Rohingya berusia enam tahun yang tinggal di Malaysia, dalam pesanan suara melalui Whatsapp kepada bapanya.

Shara belajar di sebuah Tabika Kemas, program prasekolah bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat, sejak tiga tahun lalu.

Bagaimanapun, ketika Tabika dibuka semula pada 1 Julai lalu, dia tidak dapat meneruskan kembali persekolahan susulan dakwaan terdapat prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan (KKM) bagi mengelak penularan Covid-19.