Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menggesa kerajaan Perikatan Nasional (PN) menjelaskan rasional untuk mengembalikan semula projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) ke jajaran asal.<br /><br />Dalam satu rakaman audio ketika ditemui pemberita di Port Dickson, Anwar turut mempersoalkan kewajaran kerajaan memilih jajaran yang memakan kos lebih tinggi berbanding jajaran yang dicadangkan sewaktu pentadbiran Pakatan Harapan.