Umno tetap akan menuntut kerusi parlimen Mersing yang kini disandang Menteri Pembangunan Luar Bandar Dr Abdul Latiff Ahmad.<br /><br />Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menegaskan pendirian tersebut pada hantarannya di media sosial malam tadi.<br /><br />Ini selepas Abdul Latiff semalam mengakui kesilapannya dan memohon maaf atas kenyataannya "Umno tidak laku di Sabah" telah disalah anggap.