Pusat hiburan keluarga termasuk arked permainan dan pusat karaoke dibenarkan beroperasi kembali bermula 15 Julai ini.<br /><br />Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira kepentingan 3,000 tenaga kerja terlibat dan sumbangan RM500 juta kepada pendapatan negara.
