Hari ini sebahagian ahli-ahli penyokong kerajaan (backbenchers) dan ahli bebas ditempatkan di galeri awam, manakala sebahagian ahli pembangkang ditempatkan di tempat duduk pegawai di bahagian kiri speaker, di sebelah belakang.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof berkata, ahli-ahli parlimen berkenaan boleh menggunakan mikrofon yang disediakan untuk mereka, atau boleh turun ke tempat yang dikhaskan jika mereka mahu mengajukan sebarang pertanyaan atau perbahasan.

Anwar kemudiannya meminta speaker untuk memasang mikrofon untuk ahli parlimen yang duduk di galeri awam dan kawasan pegawai, sebelum speaker meminta mikrofon tanpa wayar disediakan untuk mereka.

Bung Mokhtar Radin (PN- Kinabatangan) turut bersetuju dengan Anwar, sambil meluahkan rasa bimbangnya bahawa rakan-rakan ahli parlimen yang duduk di galeri awam mungkin tersungkur ketika turun ke kawasan khas berkenaan, sebelum sempat mengajukan soalan atau perbahasan.