Timbalan Speaker Dewan Rakyat yang baru dilantik, Azalina Othman hari ini berseloroh ketika hari pertama beliau menjalankan tugas itu dengan meminta ahli parlimen supaya bersikap 'slow and steady'. <br /><br />Kata-katanya itu disambut dengan gelak ketawa oleh ahli-ahli parlimen di dalam dewan.<br /><br />Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) turut bertanya sekiranya seorang timbalan speaker wanita tidak perlu memakai topi ketika mempengerusikan sidang parlimen.