Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) - yang dikecam teruk serta didakwa dikuasai orang bukan Islam semasa Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan - kini mencatat lebihan aset sebanyak RM1.9 bilion.<br /><br />Menurut Perdana Menteri Muhyiddin Yassin laporan prestasi Tabung Haji pada setengah tahun pertama 2020 menunjukkan aset yang dimiliki agensi itu ialah sebanyak RM78.0 bilion.