Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim membangkitkan isu pengkhianatan di dalam gabungan partinya sendiri, Pakatan Harapan (PH) di Dewan Rakyat hari ini. <br /><br />Presiden PKR itu menyifatkan golongan yang berpaling tadah daripada PH sebagai “katak” kerana tidak tetap pendirian dengan membentuk kerajaan baru Perikatan Nasional.<br /><br />Bagaimanapun, Anwar menekankan beliau tidak mempertikaikan kuasa Yang di-Pertuan Agong melantik perdana menteri tetapi menimbulkan isu mandat kepada parti dan bukan ahli parlimen.
