Ahli parlimen Pontian, Ahmad Maslan hari ini menggesa kerajaan untuk memperkenalkan semula undang-undang keselamatan yang kontroversi sebelum ini iaitu Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), Akta Pencegahan Jenayah (POCA) dan Akta Pencegahan Keganasan (POTA).<br /><br />Beliau juga mencadangkan agar pasukan polis elit iaitu Pasukan Tindakan Khas Antimaksiat, Judi dan Gangsterisme (STAGG), Pasukan Khas Taktikal Narkotik (STING) dan Pasukan Khas Jenayah Terancang (Stafoc) dihidupkan kembali.<br /><br />Ahmad Zahid Hamidi (BN-Bagan Datuk) menyokong gesaan itu dengan mengatakan bahawa kadar jenayah sebelum ini turun ke tahap 42% kerana perlaksanaan undang-undang keselamatan ini.