Khairy Jamaluddin bersetuju dengan pandangan bekas menteri Umno Ahmad Shabery Cheek bahawa kerajaan sekarang sukar berfungsi.<br /><br />Bagaimanapun menurut menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu, kerajaan Perikatan Nasional (PN) masih boleh mengendalikan kerajaan walaupun hanya dengan majoriti kecil.<br /><br />Shabery, anggota Majlis Tertinggi Umno semalam berkata keputusan pengundian menggugurkan speaker - yang menyaksikan kerajaan menang tipis - menyebabkan kerajaan tidak stabil dan sukar berfungsi.
