Yuran asrama dan yuran perkhidmatan di universiti awam bagi semester kedua sesi akademik 2019/2020 dikurangkan sehingga 15 peratus, kata Menteri Pengajian Tinggi Dr Noraini Ahmad.<br /><br />Katanya langkah itu melibatkan peruntukan berjumlah RM72 juta dengan RM20 juta telah dipersetujui secara bersama Kementerian Kewangan dan baki adalah menerusi peruntukan dalaman universiti.<br /><br />Noraini berkata demikian semasa menjawab soalan tambahan Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin (PH-Hang Tuah Jaya) yang ingin tahu sama ada kerajaan bercadang mengembalikan semula sebahagian daripada yuran yang telah dibayar penuntut memandangkan mereka tidak masuk ke kampus sejak Mac lalu akibat Covid-19.
