Pegawai dan anggota polis diberi amaran supaya tidak mendedahkan atau berkongsi laporan siasatan pasukan keselamatan itu kepada umum kerana mereka boleh disiasat di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.<br /><br />Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador berkata, tindakan mendedahkan laporan polis merupakan satu kesalahan kerana maklumat tersebut diklasifikasikan sebagai sulit dan terhad.