Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng menjelaskan bahawa beliau tidak pernah menjual sebarang aset kerajaan ketika menggalas jawatan sebagai menteri kewangan ketika kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Pendedahan Lim itu telah membuat suasana Dewan Rakyat gamat seketika setelah beberapa ahli parlimen dari kerajaan Perikatan Nasional (PN) mula bangkit mempersoalkan kenyataannya.

Lim kemudian tampil menjawab bahawa penjualan aset IHH Berhad ke kumpulan Jepun Mitsui bukan dilakukan oleh Kementerian Kewangan tetapi Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.

Untuk rekod, ahli parlimen Gombak Mohamed Azmin Ali merupakan Menteri Hal Ehwal Ekonomi ketika PH menerajui kerajaan.