Mohd Shafie Apdal berpendapat beliau menjadi sasaran serangan Najib Razak apabila bekas perdana menteri itu membocorkan beberapa surat berkaitan projek kerajaan suatu masa dulu.

Ditanya mengenai hal itu Mohd Shafie berkata beliau percaya tindakan berkenaan diambil Najib selepas namanya disebut sebagai calon perdana menteri daripada pembangkang.

Terdahulu Najib mendakwa Mohd Shafie yang ketika itu menjadi menteri pembangunan luar bandar dan wilayah - selalu menolak proses tender terbuka.

Menegaskan hal itu tidak menyalahi undang-undang, presiden Warisan berkenaan menambah Najib juga pernah menandatangani persetujuan pada rayuan berkaitan kontrak kerajaan sebelum ini.